
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pembaca.
Hari ini saya akan berkongsi tentang satu platform yang telah tular baru-baru ini iaitu MyLink. Jadi dalam penulisan kali ini, saya akan menjelaskan apakah itu MyLink, apakah kelebihan yang ada melalui penggunaan MyLink dan macam mana kita nak membina MyLink untuk PdPr.
Apakah itu MyLink?

Apakah kelebihan penggunaan MyLink?

Contoh kegunaan MyLink

Guru boleh bina MyLink dan memasukkan link yang berkaitan dengan PdPr di dalam satu platform sahaja, kemudian dikongsikan kepada murid ataupun ibu bapa. Ini contoh MyLink yang dihasilkan oleh saya https://mylink.la/cikguaime

Selain itu, ibu bapa juga boleh create MyLink untuk anak-anak dan masukkan link bagi setiap subjek pembelajaran mereka. Dengan cara ini, PdPr anak-anak akan menjadi sistematik.

Pihak sekolah juga boleh menghasilkan MyLink dan memasukkan link-link yang penting berkaitan dengan PdPr dan sebagainya.
Tutorial Bina MyLink
Sekarang saya akan tunjuk tutorial macam mana kita nak bina MyLink dari pendaftaran sehinggalah terbinanya MyLink anda sendiri. Jom ikut langkah-langkah di bawah:
1. Pergi ke laman web MyLink.la

2. Selepas pendaftaran, kebiasaanya kita perlu verify email. Langkahnya adalah semak email anda dan lihat mesej yang dihantar oleh MyLink untuk kita mengesahkan pendaftaran.
3. Apabila sudah berjaya daftar, kemudian login, anda akan masuk kepada paparan utama seperti ini. Klik pada tab Appearance yang ada di bahagian sebelah kiri.

4. Tab Appearance adalah untuk anda hasilkan papar muka MyLink seperti gambar di bawah:


5. Setelah selesai menyiapkan papar muka anda, langkah yang seterusnya adalah proses memasukkan link-link anda ke dalam MyLink. Untuk bahagian ini, klik sahaja pada tab links, kemudian klik +add new link . Kemudian masukkan nama link di bahagian NAME, masukkan link anda di bahagian URL dan anda juga boleh customize kotak yang memaparkan link tersebut.


6. Sebaik sahaja anda siap sahaja masukkan link, maka siaplah MyLink anda. Tahniah! Untuk memantau perkembangan MyLink anda iaitu sebanyak mana MyLink anda dikunjungi, anda boleh tengok di bahagian Main.

Telegram Channel CikguAime Dot Com
Saya telah create satu telegram yang khusus untuk berkongsi artikel-artikel yang dikarang di dalam blog ini. Silalah join untuk mengetahui pelbagai perkongsian yang menarik. Terima kasih. Link telegram - CikguAime Dot Com