Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Saya merupakan guru yang baru sahaja dipostingkan di Putrajaya. Sebuah wilayah yang penuh dengan kuarters kerajaan. Jadi pada hari ini saya akan berkongsi cara memohon kuarters kerajaan bagi penjawat awam. Panduan memohon kuarters kerajaan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya yang telah memohon kuarters kerajaan, secara atas talian melalui platform yang disediakan. Hanya perlu mohon dan tunggu. Permohonan sudah diluluskan dan sekarang hanya menunggu giliran sahaja. Ini baru permohonan, bukan lagi menduduki ya, risau ada yang salah faham. Ikuti cara/panduan memohon kuarters kerajaan di bawah:

Dapatkan Nombor Gaji

Sebelum memohon kuarters kerajaan, langkah yang pertama adalah mendapatkan nombor gaji. Selagi anda tidak mempunyai nombor gaji, selagi itulah anda tidak boleh memohon kuarters kerajaan. Nombor gaji boleh didapati pada slip gaji. Biasanya sebelum gaji pertama, slip gaji sudah dikeluarkan, paling kurang satu hingga dua bulan selepas dipostingkan. Untuk bahagian ini, anda boleh bertanyakan kepada kerani sekolah.

Daftar Permohonan Melalui Portal SBBPH

Apabila sudah menerima nombor gaji, barulah anda boleh memohon kuarters kerajaan melalui portal yang telah disediakan iaitu https://sbbph.bph.gov.my/

Pergi ke portal SBBPH

Pergi ke portal SBBPH

Isi maklumat dan daftar

Isi maklumat dan daftar

Pendaftaran berjaya

Pendaftaran berjaya

Maklumat seperti username dan password dihantar ke email

Maklumat seperti username dan password dihantar ke email

Login ke dalam SBBPH dan klik permohonan kuarters

Login ke dalam SBBPH dan klik permohonan kuarters

Isi maklumat dan semak kelayakan

Isi maklumat dan semak kelayakan

Jika layak, sila isi maklumat peribadi

Jika layak, sila isi maklumat peribadi

Maklumat pekerjaan

Maklumat pekerjaan

Akhir sekali hantar permohonan

Akhir sekali hantar permohonan

Uploading: 79352 of 79352 bytes uploaded.

Permohonan Diluluskan, Tunggu Giliran

Apabila permohonan anda diluluskan, anda hanya perlu menunggu giliran. Giliran senarai menunggu boleh dilihat di dalam portal SBBPH

Nampak gaya 4-5 tahun lagi baru dapat kuarters. Hahaha

Nampak gaya 4-5 tahun lagi baru dapat kuarters. Hahaha